KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku boleh diertikan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005))
- Setiap guru mestilah ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku. Sebagai contoh kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Setiap guru haruslah membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif agar pelajar bebas daripada gangguan
Definisi Menurut Lewis M.Beaker (2001)
- Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara secara sedar atau separa sedar.
- Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap berdasarkan nilai-nilai tertentu.
Definisi Oleh Carl Rogers (1999)
- Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan sekeliling.
- Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertingdak dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003)
- Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
- Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ .
- Secara amnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh seseorang individu.