Tuesday, July 7, 2020

Definisi Tingkah Laku

KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU 

Pengurusan tingkah laku boleh diertikan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai  (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005))

- Setiap guru mestilah ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku. Sebagai contoh kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
-  Setiap guru haruslah membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif agar pelajar bebas daripada gangguan 

Definisi Menurut Lewis M.Beaker (2001)

- Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara secara sedar atau separa sedar.

- Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap berdasarkan nilai-nilai tertentu.


Definisi Oleh Carl Rogers (1999)
 
- Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan sekeliling. 

- Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertingdak dengan lebih yakin.


Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003) 

-  Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

- Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ .

- Secara amnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh seseorang individu.

No comments:

Post a Comment